Menjadikan sektor perladangan sebagai teras kegiatan Kumpulan LKPP serta menceburi sektor-sektor lain yang berpotensi.
Mempertingkatkan produktiviti ladang melalui pengurusan berteknologi tinggi yang terancang yang akan memberikan pulangan yang maksimum.
Memperluaskan kawasan ladang serta mengekalkan sekurang-kurangnya 25,000 hektar dan jika perlu harus melabur di negeri-negeri lain dan juga luar negara.
Meningkatkan keberkesanan projek-projek sosial bagi mewujudkan masyarakat berdikari dan berwawasan melalui kaedah pembangunan komersil.
Meningkatkan dan memantapkan tahap profesionalisme dan kecemerlangan semua peringkat kakitangan Kumpulan LKPP ke arah peningkatan produktiviti.
Memaksimumkan pulangan daripada sumber-sumber yang ada berasaskan kepada potensi dan keadaan ekonomi semasa.
Memastikan produk-produk kumpulan LKPP mendapat pasaran.