Ayam Baka
Diceburi oleh LKPP secara usahasama dengan Sin Heng Chan (East Coast) Sdn Bhd dan dikenali sebagai LKPP-Goldkist Sdn Bhd.
Syarikat ini mampu mengeluarkan 1 juta ekor anak ayam sebulan bagi keperluan di Pantai Timur.
Kerja-kerja pembinaan infrastruktur ladang bermula pada April, 1999 di atas tanah seluas 120.1 hektar di Batu 8, Lebuhraya Tun Abdul Razak, Pekan.
Pelaburan yang menelan belanja RM 13 juta ini memasarkan anak ayam bermutu tinggi dari jenis Lohmann yang diimport dari Jerman.
Langkah ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran daging ayam di negara ini
.