Sektor hartanah yang diceburi oleh LKPP adalah melalui LKPP Property Sdn Bhd.
Ianya meliputi pembangunan perumahan dan rumah kedai serta pembangunan kawasan perindustrian.
Pelbagai projek perumahan/perkedaian telah/sedang dan akan dilaksanakan terutamanya di Daerah Kuantan dan Pekan.
LKPP Negeri Pahang kini dalam peringkat perlaksanaan bagi membangunkan sebuah pusat pertumbuhan baru yang dikenali sebagai BANDAR BARU KUANTAN PUTRI.
Bandar ini bersifat 'self-contain' yang merangkumi pembangunan unit-unit kediaman, pusat komersil, pelbagai kemudahan masyarakat, institusi pengajian, industri berteknologi dan rekreasi (taman tema).