Ahad, 05 September 2010
Profil
icon_spenubuhan
icon_visimisi
icon_strategi
icon_logo
icon_psosial
icon_pkomersial
icon_alp
icon_pengurusan
icon_jasamudikenang
icon_hubungi
Iklan/Notis
icon_iklanj
icon_notist
Pautan
icon_kemjab
icon_akhbar

Kursus Keluarga@Kerja (Parenting@Work) Cetak E-mail

Kursus anjuran bersama LKPP Negeri Pahang dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) ini telah diadakan pada 12 Mei 2010 (Rabu) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di De Rhu Beach Resort, Kuantan.

 

Ini merupakan inisiatif dan usaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk memberi pengetahuan dan kemahiran keibubapaan khusus kepada golongan dwi-kerjaya. Penganjuran kursus ini merupakan sokongan dan komitmen LKPP Negeri Pahang dalam usaha mengukuhkan institusi keluarga yang menekankan pembangunan keluarga dan insan berintegriti.

Seramai 44 orang pegawai dan staf LKPP menyertai kursus berkenaan yang terdiri daripada 21 orang perempuan dan 23 orang lelaki.  Mereka ini adalah termasuk pegawai dan staf daripada Pejabat LKPP Wilayah Pahang Tengah.  Fasilitator adalah Encik Zaharin bin Bakri dan Puan Siti Asmad binti Zakarni dengan bantuan enam (6) orang Urus Setia daripada pihak LPPKN.  

Kaedah kursus dijalankan adalah melalui modul-modul berikut:

i. Kenali Fitrah;.
ii. "Satu badan, banyak topi";
iii. Keibubapaan kreatif;
iv. Kebapaan dan keibuan; dan
v. Pengurusan stres.

Objektif modul adalah bertujuan untuk memberi:-
i. Kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa mengenai kepentingan dalam mengimbangi peranan serta tanggung jawab terhadap keluarga dan kerjaya; dan
ii. Kemahiran serta panduan cara gaya keibubapaan untuk menghadapi cabaran keluarga di setiap kitaran hidup keluarga (Family Life Cycle). 

Harapan Pengurusan LKPP Negeri Pahang adalah semoga kursus ini dapat meningkatkan produktiviti pegawai dan staf LKPP yang menyertainya seiring dengan pembangunan keluarga dan kerjaya masing-masing.

Sumber Berita dan Gambar: Bahagian Pentadbiran.

 
Penyampaian Hakmilik Ladang Kecil Sg Charu Cetak E-mail

Majlis Penyampaian Hakmilik Tanah kepada 62 orang peserta Ladang Kecil Sg Charu, Kuantan telah diadakan pada hari Selasa, 23 Mac 2010 bersamaaan 7 Rabiulakhir 1431H di Dewan Orang Ramai Kg Panching, Kuantan. Y.A.B Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Adnan bin Haji Yaakob telah menyampaikan geran kepada peserta-peserta terlibat.  

Baca Lagi...
 
Program Bersama Peserta Rancangan Tanah Pinggir Cetak E-mail

Rancangan Tanah Pinggir Kg Pagi (46 peserta), Kg Kuala Sat (45 peserta) dan Kg Bantal (77 peserta) yang terletak jauh di pedalaman (Ulu Tembeling) telah dibangunkan pada tahun 70an. Semua peserta berkenaan diberikan 6 ekar tanah untuk ditanam dengan pokok getah sebagai sumber pendapatan.

Baca Lagi...
 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 Seterusnya > Tamat >>

Muka 3 daripada 8
Bakal Berlangsung

 

Kursus Intensif BI Siri 2
Bermula 14 Julai (Rab)
Secara Mingguan

 

3 Days 2 Nights (Sabah)
Anjuran KSK (RM680/pax)
27 - 29 Nov

 

Pertandingan "The Biggest Loser"
3 Jun - 6 Dis (6 bln)

Aplikasi Internet
icon_webmail

Aplikasi Intranet
icon_portal
icon_HRMIS icon_sppii
Webdesign by Webmedie.dk Webdesign by Webmedie.dk