Ahad, 05 September 2010
Profil
icon_spenubuhan
icon_visimisi
icon_strategi
icon_logo
icon_psosial
icon_pkomersial
icon_alp
icon_pengurusan
icon_jasamudikenang
icon_hubungi
Iklan/Notis
icon_iklanj
icon_notist
Pautan
icon_kemjab
icon_akhbar

Mesyuarat Agung Kesatuan Kakitangan LKPP Negeri Pahang Cetak E-mail

Mesyuarat Agung Tahunan Kesatuan Kakitangan LKPP Negeri Pahang kali ke 20 telah diadakan pada 30 September 2009 bertempat di Dewan ILI, Bangunan LKPP dan telah dirasmikan oleh Pengurus Besar LKPP Negeri Pahang, YH Dato' Md. Adnan bin Sulaiman.

"LKPP akan mengharungi masa depan yang lebih mencabar dengan peningkatan kos dalam arus pembangunan dunia tanpa sempadan dan LKPP tidak boleh hanya bergantung kepada penghasilan kelapa sawit semata-mata sebaliknya kita perlu menerokai serta meluaskan aktiviti-aktiviti pelbagai sebagai altenatif kepada penggantungan hasil sawit."

"Sehubungan itu pegawai-pegawai dan staf yang baru dan muda diharap dapat menggalas tanggungjawab dengan melahirkan idea-idea serta strategi baru bagi meningkatkan prestasi dan imej organisasi." Demikian di antara pesanan dan kata-kata YH Dato' Pengurus Besar di dalam ucapan perasmian majlis tersebut.

Manakala Yang Dipertua Kesatuan Kakitangan LKPP, Encik Mohd Rosdi bin Mohamad pula mengharapkan semua ahli-ahli kesatuan khususnya terus memberi komitmen dengan penuh rasa bertanggungjawab serta berintegriti dalam melaksanakan tugas dan khidmat bakti bagi menjana kemajuan dan pencapaian cemerlang LKPP. Selain itu, segala masalah yang dibangkitkan oleh ahli-ahli akan dibawa di dalam Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) bagi mencapai suatu keputusan bersama pihak Pengurusan LKPP.

Walaupun tiada agenda pemilihan Ahli Jawatan Kuasa yang baru di dalam mesyuarat kali ini, Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 20 ini telah berjalan licin dan lancar  dengan kehadiran seramai 66 orang ahli daripada jumlah keseluruhan ahli berdaftar seramai 85 orang.

 
Bakal Berlangsung

 

Kursus Intensif BI Siri 2
Bermula 14 Julai (Rab)
Secara Mingguan

 

3 Days 2 Nights (Sabah)
Anjuran KSK (RM680/pax)
27 - 29 Nov

 

Pertandingan "The Biggest Loser"
3 Jun - 6 Dis (6 bln)

Aplikasi Internet
icon_webmail

Aplikasi Intranet
icon_portal
icon_HRMIS icon_sppii
Webdesign by Webmedie.dk Webdesign by Webmedie.dk