| Majlis Aidilfitri dan Meraikan Bakal-Bakal Haji |
|
|
|
Majlis ini telah dilangsungkan pada 16 Oktober 2009 bersamaan 27 Syawal 1430H bertempat di Aras Bawah Bangunan LKPP. Selain daripada staf di Ibu Pejabat, turut hadir adalah staf dari Pejabat Wilayah Tengah dan Wilayah Barat serta jemputan dari syarikat-syarikat Kumpulan LKPP.
Suasana Hari Raya begitu menyerlah dengan staf lelaki kesemuanya memakai Baju Melayu dan bersamping. Tidak ketinggalan staf wanita dengan pakaian masing-masing. Majlis bermula dengan pengacara majlis iaitu Encik Hamzah bin Mohd Yunus mengumumkan ketibaan Pengurus Besar LKPP Negeri Pahang, Y.H. Dato' Md Adnan bin Sulaiman. Pengurus Pentadbiran, Puan Misbah Ghazali dalam ucapannya mengalu-alukan semua yang sudi hadir dan memeriahkan majlis ini. Untuk tahun ini, jemaah-jemaah haji dari LKPP Negeri Pahang dan syarikat-syarikat Kumpulan LKPP adalah Encik Wan Bakri Wan Ismail (LKPP Negeri Pahang), Puan Dahlilah Ramli (LKPP Negeri Pahang), Encik Zulkefli Sabarudin (LKPP Corporation Sdn Bhd), Encik Zainuddin (LKPP Corporation Sdn Bhd), Encik Wan Shahrin Wan Ahmad (De Rhu Beach Resort). Kecuali Puan Dahlilah yang mengalami masalah kesihatan, bakal-bakal haji yang lain hadir di majlis ini dan diberi peluang untuk memberikan sepatah dua kata. Diselitkan juga upacara penyampaian tanda ingatan kepada bakal-bakal jemaah haji oleh LKPP Negeri Pahang, Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) LKPP Negeri Pahang dan Koperasi LKPP Pahang Berhad. Kepada mereka, didoakan semoga memperolehi haji yang mabrur.
|





