| Majlis Meraikan Kanak-Kanak Berkhatan dan Bertindik |
|
|
|
Majlis Meraikan Kanak-Kanak Berkhatan dan Bertindik anjuran Biro Kebajikan KSK LKPP Negeri Pahang (Cawangan Ibu Pejabat) yang dikhususkan kepada anak-anak ahli telah pun berlangsung pada 3 Disember 2009 (Khamis) bertempat di Dewan ILI, LKPP Negeri Pahang.
Hujan lebat yang turun sejak awal pagi tidak menjejaskan acara yang dimulakan pada pukul 9.00 pagi.
Majlis ini amat mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli-ahli dengan anak-anak yang berkhatan diraikan seramai 18 orang, anak-anak perempuan yang bertindik seramai 14 orang. Acara bertindik mendapat kerjasama daripada Kedai Emas Rohana yang menghantar 2 orang pekerjanya untuk melaksanakan tugas menindik telinga.
Diselitkan juga pertandingan mewarna yang disertai oleh seramai 16 orang kanak-kanak bawah umur 6 tahun yang hadir ditemani oleh ibu-bapa tetapi tidak terlibat dengan acara utama. Tahniah kepada Biro Kebajikan KSK LKPP Negeri Pahang (Cawangan Ibu Pejabat) diketuai oleh Puan Juriah Mohamad.
|






