Ahad, 05 September 2010
Profil
icon_spenubuhan
icon_visimisi
icon_strategi
icon_logo
icon_psosial
icon_pkomersial
icon_alp
icon_pengurusan
icon_jasamudikenang
icon_hubungi
Iklan/Notis
icon_iklanj
icon_notist
Pautan
icon_kemjab
icon_akhbar

Penyampaian Hakmilik Ladang Kecil Sg Charu Cetak E-mail

Majlis Penyampaian Hakmilik Tanah kepada 62 orang peserta Ladang Kecil Sg Charu, Kuantan telah diadakan pada hari Selasa, 23 Mac 2010 bersamaaan 7 Rabiulakhir 1431H di Dewan Orang Ramai Kg Panching, Kuantan. Y.A.B Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Adnan bin Haji Yaakob telah menyampaikan geran kepada peserta-peserta terlibat.  

 

Di dalam ucapannya, Y.A.B. Menteri Besar mengingatkan para peserta supaya bersyukur di atas hakmilik yang diterima dan berharap agar tiada dikalangan peserta mencari keuntungan segera dengan menjual hakmilik yang diterima kepada orang lain. Tambahan pula hakmilik ini adalah perjuangan mereka yang terdiri daripada bekas-bekas pekerja lombong Sungai Lembing.

Di majlis yang sama juga, Y.A.B. Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan khas kepada 12 orang kurang upaya yang terdiri daripada 8 kanak-kanak 'down-syndrome' dan 4 peserta yang uzur. Turut sama hadir bagi memeriahkan majlis ialah Y.B. ADUN Sungai Lembing, Dato' Haji Md Sohaimi bin Mohamed Shah, Y.B. ADUN Panching, Encik Mohd Zaili bin Besar, Y.B. ADUN Lepar, Encik Mohd Sohaimi bin Jusoh, Pegawai Daerah Kuantan, Dato' Hajah Meriam binti Ismail dan ketua-ketua jabatan lain.

Diharapkan dengan penyerahan hakmilik ini, hidup para peserta Ladang Kecil Sg Charu terjamin dan terbela. Inilah bukti dasar kerajaan yang memegang prinsip 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Sumber Berita dan Gambar: Bahagian Pembangunan Projek Sosial (BPPS).

 

 
Bakal Berlangsung

 

Kursus Intensif BI Siri 2
Bermula 14 Julai (Rab)
Secara Mingguan

 

3 Days 2 Nights (Sabah)
Anjuran KSK (RM680/pax)
27 - 29 Nov

 

Pertandingan "The Biggest Loser"
3 Jun - 6 Dis (6 bln)

Aplikasi Internet
icon_webmail

Aplikasi Intranet
icon_portal
icon_HRMIS icon_sppii
Webdesign by Webmedie.dk Webdesign by Webmedie.dk