Ahad, 05 September 2010
Profil
icon_spenubuhan
icon_visimisi
icon_strategi
icon_logo
icon_psosial
icon_pkomersial
icon_alp
icon_pengurusan
icon_jasamudikenang
icon_hubungi
Iklan/Notis
icon_iklanj
icon_notist
Pautan
icon_kemjab
icon_akhbar

Majlis Makan Malam Bersama Pesara Cetak E-mail
Sebagai salah satu pengisian kepada Sambutan Ulangtahun LKPP Negeri Pahang ke-40, Majlis Makan Malam Bersama Pesara LKPP Negeri Pahang telah dilangsungkan pada 14 Mei 2010 (Jumaat) bertempat di De Rhu Beach Resort di Pantai Balok, Kuantan.

 

Seramai 60 orang pesara dengan 52 daripadanya bekas pegawai/staf lelaki dan selebihnya wanita beserta pasangan masing-masing telah sudi hadir ke majlis berkenaan yang turut disertai oleh pegawai/staf yang sedang berkhidmat. Antaranya adalah bekas-bekas Pengurus Besar seperti Tuan Haji Hamdy Abdul Basek dan Y.H. Dato Hj Abdul Hadi Dato' Hj Ibrahim.  

Suasana keceriaan dan kemeriahan tergambar sebaik sahaja pesara-pesara mula tiba di De Rhu Beach Resort. Ada yang sudah sekian lama tidak bertemu kerana membawa haluan masing-masing setelah menamatkan perkhidmatan di LKPP Negeri Pahang. Sebaik bertemu, mereka bersalaman, berpelukan dan mengambil kesempatan yang ada untuk bertanyakan khabar diri dan keluarga masing-masing sambil tidak ketinggalan mengimbau kenangan lama suatu masa dahulu.

Sesuai dengan tema majlis iaitu "TIADA YANG LAMA, TIADALAH YANG BARU", satu persembahan yang memaparkan gambar-gambar lama, pesara-pesara yang telah pergi dan juga wajah-wajah pegawai/staf yang sedang berkhidmat (sebagai penerus legasi LKPP Negeri Pahang) ditayangkan sambil hadirin menjamu selera.

Acara kemuncak majlis ialah upacara memotong kek bagi meraikan Sambutan Ulangtahun LKPP Negeri Pahang ke-40 yang disertai oleh Pengurus Besar LKPP, Y.H. Dato' Hj Md Adnan Sulaiman serta bekas-bekas Pengurus Besar yang hadir. Kemudiannya, para hadirin dihiburkan dengan acara kuiz serta acara yang memberi peluang kepada pesara untuk mengimbau dan berkongsi kenangan lama semasa berkhidmat di LKPP Negeri Pahang sama ada kenangan pahit atau manis supaya sedikit sebanyak boleh dijadikan pengajaran terutamanya kepada pegawai/staf yang baru menyertai warga kerja LKPP Negeri Pahang.

Pengurusan LKPP Negeri Pahang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan majlis ini.

Sumber Berita dan Gambar: Bahagian Pentadbiran.

 
Bakal Berlangsung

 

Kursus Intensif BI Siri 2
Bermula 14 Julai (Rab)
Secara Mingguan

 

3 Days 2 Nights (Sabah)
Anjuran KSK (RM680/pax)
27 - 29 Nov

 

Pertandingan "The Biggest Loser"
3 Jun - 6 Dis (6 bln)

Aplikasi Internet
icon_webmail

Aplikasi Intranet
icon_portal
icon_HRMIS icon_sppii
Webdesign by Webmedie.dk Webdesign by Webmedie.dk