| Pertandingan Beach Soccer Kumpulan LKPP |
|
|
|
Satu pertandingan bola sepak pantai anjuran KSK LKPP Cawangan Ibu Pejabat telah diadakan pada 15 Mei 2010 di pantai De Rhu Beach Resort, Balok bermula jam 9.00 pagi. Sebanyak enam (6) pasukan telah menyertai pertandingan tersebut terdiri daripada LKPP, De Rhu Beach Resort (DRBR) dan LKPP Corporation Sdn Bhd. Manakala LKPP dan DRBR masing-masing telah menghantar tiga (3) pasukan (LKPP A/LKPP B/LKPP C) dan dua (2) pasukan (DRBR A/DRBR B).
Pertandingan dijalankan secara liga dimana pasukan yang memperolehi mata tertinggi dinobatkan sebagai juara. Juara pertandingan menerima hadiah berupa Wang Tunai RM300.00 beserta hamper, tempat kedua Wang Tunai RM250.00 beserta hamper, tempat ketiga hadiah Wang Tunai RM150.00 beserta hamper dan tempat keempat menerima hadiah Wang Tunai RM100.00 beserta hamper. Manakala tempat kelima dan keenam menerima hamper sahaja.
Pasukan LKPP Corporation Sdn Bhd telah muncul sebagai Juara diikuti naib juara LKPP A dan tempat ketiga DRBR A. Selain itu, Sharul Farizan bin Shariman dari pasukan LKPP A telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik pertandingan. Manakala Azmi bin Abdul Latiff dari pasukan LKPP C telah dianugerahkan sebagai Pemain Paling “Sporting” pertandingan.
Penyampaian hadiah-hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohd Hanafi bin Sh. Abdul Hamid, Timbalan Yang Pertua KSK LKPP Cawangan Ibu Pejabat. Diharapkan pertandingan seumpama ini dapat dijadikan sebagai acara tahunan Kelab Sukan disamping mencungkil bakat dan memupuk silaturrahim dikalangan ahli-ahli KSK khususnya. Sumbangan Berita dan Gambar: KSK LKPP Negeri Pahang (Cawangan Ibu Pejabat) |





