Ahad, 05 September 2010
Profil
icon_spenubuhan
icon_visimisi
icon_strategi
icon_logo
icon_psosial
icon_pkomersial
icon_alp
icon_pengurusan
icon_jasamudikenang
icon_hubungi
Iklan/Notis
icon_iklanj
icon_notist
Pautan
icon_kemjab
icon_akhbar

Kursus Intensif Bahasa Inggeris Cetak E-mail

Seramai 20 orang pegawai dan staf LKPP Negeri Pahang telah mengikuti Kursus Intensif Bahasa Inggeris yang diadakan di Dewan Pusat Latihan Minda (ILI) bermula 15 Januari hingga 20 Jun secara mingguan (6 bulan).

 

Kursus ini adalah salah satu program dalam kalendar Unit Pembangunan Organisasi (Bahagian Pentadbiran). Tenaga pengajarnya adalah Cik Raden Fatihah binti Lockman dari PSDC.

Satu majlis penutup telah diadakan pada 24 Jun bagi meraikan para peserta yang telah  menamatkan kursus berkenaan dengan jayanya. Tuan Haji Wan Bakri bin Wan Ismail telah sudi untuk hadir sebagai wakil pengurusan. Dalam ucapannya, beliau menyatakan sokongan penuh agar program seperti ini dapat diadakan lagi untuk kumpulan pegawai dan staf yang lain. Ini memandangkan pentingnya penguasaan Bahasa Inggeris di dalam era informasi dan globalisasi masa kini. Dengan menguasai bahasa asing selain daripada bahasa ibunda, dengan sendirinya keyakinan diri akan bertambah  dan seterusnya meningkatkan peluang untuk maju.

Selain daripada penyampaian sijil, diadakan juga penyampaian anugerah berdasarkan kriteria berikut:

Persembahan Terbaik Kumpulan: Group 1
Persembahan Terbaik Individu: Sheikh Mohd Shahrazee Sheikh Abdul Aziz
Persembahan Nyanyian Kumpulan: Group 4
Vokal Nyanyian Terbaik: Nurul Fakhri Hamzah

Semoga ilmu yang diperolehi melalui program ini dapat diamalkan bagi menajamkan lagi skil penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pegawai dan staf.

Sumber Berita dan Gambar: Bahagian Pentadbiran

 
Bakal Berlangsung

 

Kursus Intensif BI Siri 2
Bermula 14 Julai (Rab)
Secara Mingguan

 

3 Days 2 Nights (Sabah)
Anjuran KSK (RM680/pax)
27 - 29 Nov

 

Pertandingan "The Biggest Loser"
3 Jun - 6 Dis (6 bln)

Aplikasi Internet
icon_webmail

Aplikasi Intranet
icon_portal
icon_HRMIS icon_sppii
Webdesign by Webmedie.dk Webdesign by Webmedie.dk