Teknik penternakan lembu pedaging yang digunakan adalah secara integrasi di mana lembu-lembu ini dibiarkan bergerak bebas di dalam ladang kelapa sawit.
Selain dari teknik penternakan secara integrasi, lembu-lembu ini juga diternak secara feedlot.
Anak syarikat LKPP yang melaksanakan penternakan lembu pedaging secara integrasi ini ialah LKPP Corporation Sdn Bhd dan Syarikat Ladang LKPP Sdn Bhd.
Bagi lembu tenusu (yang menggunakan teknik feedlot), ia dilaksanakan oleh Makmur Dairy Sdn Bhd (anak syarikat LKPP Corporation) di Keratong, Rompin.